Monday, July 15, 2013

Promosi Ramadhan KabuBasicTM | Saiz L & XL


Kami di Bantalkabu akan menambahkan stok set bantal kekabu asli saiz L dan Saiz XL sebanyak 100 pcs lagi. Dapatkan secepat mungkin selagi tawaran istimewa menanti anda. 

Dengan harga ;
1 set saiz L 4pcs = RM115 termasuk postage Semenanjung. (Harga biasa RM125 termasuk postage)
1 set saiz XL = RM135 termasuk postage Semenanjung. ( Harga biasa RM145 termasuk postage)

Thursday, July 11, 2013

Projek Wakaf Bantal


Salam 3 Ramadhan. Pagi ini tah macam mana, dah lama tak menjenguk Mat Luthfi di youtube nya. MasyaAllah, ada 1 video terbaru beliau yang sangat menyentuh jiwa. "Sebelah Sayap" itulah tajuknya... saya kira ia adalah video terbaik beliau setakat ini.



Adakah ianya suatu kebetulan, yang pasti Allah yang merancang segala-galanya. Semalam, baru sahaja kami berbincang dan bertanyakan tentang anak-anak pelarian Rohingya kepada sahabat kami Nazali Noor di UK, di mana projek terbaru BBUK kelolaannya. Saya kira, mereka telah menjadi 'sebelah sayap' untuk anak-anak tersebut bergantung nasib. Pernah sekali Onn (panggilan manja Nazali Noor) bertanya kepada saya, bolehkah kami menyumbang sedikit untuk program mereka memandangkan anak-anak tersebut amat memerlukan. Tetapi apakan daya, kami tidak mampu memandangkan pada waktu itu bisnes kami agak tenat, dengan isteri yang sering tidak sihat dan beberapa kekangan lain. Alhamdulillah, kini keadaan beransur baik dan Safiyy juga makin sihat setelah dimasukkan ke wad tempoh hari.

Dengan sedikit rezeki yang Allah kurniakan, kami menghubungi Onn untuk meneruskan niat yang tersekat tempoh hari. Namun, kami hanya mampu menyumbang sedikit sahaja. Justeru itu, kami ingin mengajak sahabat-sahabat yang teringin untuk mewakafkan bantal untuk kanak-kanak ini tidur lena, dapatlah kiranya menghubungi kami. InsyaAllah kami akan sertakan sekali dengan sedikit sumbangan bantal dari kami kepada anak-anak ini. Jika tuan puan ingin menderma selain daripada wakaf bantal ini, bolehlah hubungi Puan Rodzaida 010 824 4138, penyelaras charity bagi pihak BBUK.

Untuk wakaf bantal, sila hubungi Hamisah 019 331 9184. Sekiranya tuan/puan ingin mewakafkan bantal kepada mana-mana rumah kebajikan, anak yatim dan sebagainya, bolehlah hubungi kami, insyaAllah kami akan memberikan harga terbaik dan harapnya dapat masuk amal jariah kami juga.

Wallahualam

Mohd Azlis Sani & Nor Hamisah

Tuesday, July 9, 2013

Sesuci Kasih Ramadhan



Sesuci Kasih Ramadhan
Kasih ibu dan ayah usah dilupa, kasih mereka membawa ke syurga. Sempena Ramadhan ini, hadiahkanlah mereka dengan bantal yang selesa tanda kasih dan sayang untuk mereka melepaskan lelah setelah seharian berpuasa dan beribadat. Tidur yang berkualiti tidak semestinya lama, tetapi yang pasti memerlukan bantal yang selesa agar mereka tidur nyenyak.

Ceriakanlah mereka dengan penghantaran misteri bantal kekabu asli terus ke rumah mereka Ramadhan ini. Untuk menyokong usaha ini, Bantalkabu memberikan harga terbaik untuk pakej ini. Maklumat lanjut, hubungi kami di | tanyabantal@bantalkabu.com |

KabuBasicTM saiz L x 2pcs | RM 65 termasuk penghantaran (Semenanjung)
KabuBasicTM saiz L x 4pcs | RM 115 termasuk penghantaran (Semenanjung)

Monday, January 28, 2013

Latihan Industri di Bantalkabu


Bantalkabu Enterprise mempelawa siswa/i daripada mana-mana institusi pengajian yang berkelayakan untuk menjalani latihan industri di tempat kami.

Jika anda mempunyai ciri-ciri berikut, anda dijemput untuk memohon:
  1. Lelaki atau wanita
  2. Berkemahiran menggunakan komputer (perisian MsOffice, blog, Facebook, Google applications) - calon perlu membawa laptop/notebook sendiri semasa latihan.
  3. Mempunyai kenderaan sendiri (kereta/motosikal)
  4. Sedang mengikuti pengajian peringkat Sijil/Diploma/Ijazah di dalam bidang:
  • Pengurusan perniagaan/ keusahawanan / pemasaran
  • Pengurusan / pengurusan teknologi
  • Kejuruteraan Industri
  • Teknologi maklumat / multimedia
  • Rekabentuk industri / fabrik
  • Lain - lain bidang yang berkaitan
Pelatih di Bantalkabu Ent. akan memperolehi kelebihan-kelebihan berikut:
a) Latihan dan pengalaman pengurusan perniagaan & keusahawanan yang komprehensif.
b) Peluang membangunkan perniagaan & kerjasama perniagaan.

Siswa/i yang berminat, sila hantarkan resume/CV anda ke:

hamisah@bantalkabu.com

Friday, December 14, 2012

Maklumbalas pelanggan

Assalamualaikun dan salam sejahtera,

Kami di Bantalkabu Enterprise sangat menghargai sebarang maklumbalas daripada pelanggan kami, dan kami cuba sedaya upaya untuk memastikan para pelanggan mendapat produk yang berkualiti hanya daripada kami.

Berikut adalah 'maklumbalas' yang kami telah terjumpa dalam menyelusuri Google untuk kajian kami. Dilampirkan juga jawapan dan maklumbalas daripada pihak kami kepada pengadu.

Kami memastikan para pelanggan kami mendapat produk berkualiti hanya dari Bantalkabu.

*********************************
Dipetik daripada : http://yunysheartbeat.blogspot.com/2012/07/set-tilam-kekabu.html


Anonymous said...
just nk share pndapat.saya beli dgn bantakabu. xde niat nk kondem tp terus trang mmg saya menyesal sgt2(itu saya la,org lain sy xtau)..harga hampir 200.corak cantik,kain ok. tp tilam sgt mengecewakan saya.lembik,xpadat.bby tidur jadi tenggelam, mcm xsupport.kalau bby bangun, lekuk kesan tidur mmg dalam,pastu kekal xnaik2.adjust sendiri baru naik.biasanya kekabu akan kembang sendiri&support sepatut ok..lg 1,ingatkan tilamnya dijahit petak ruas tu rapat2,mcm 'manjakucomel' sebab tgk kat mana2 standard tilam kabu jait mcm tu.kalu petak ruas rapat barula tilam nampak 'stabil'. tp tilam cmpny ni rupaya petak ruasnya besar sgt, ada berapa petak je dijahit..masa pos smpai dah rasa msykil,sbb ringan semacam.biasanya tilam kabu padat&berat..
tu saya la yg x puas ati, sbb sy expect tilam kabu yg padat,tak lembik&akan support bby betul2..kalu org lain xtau la kalu kena dgn taste diorang..atau xtau la sy kot customer lain mmg tau stail tilamnya lembik mcm tu..tp pada sy,kalu itu la berat dan rupa kabunya,tak bbaloi dgn harga..sedih,marah,terkilan semua ada..tu la nasib beli online,seeloknya pi tgk sndiri baru puas ati..
15 October, 2012

*******************************
Jawapan kami:


Salam para pembaca yang dihormati. Saya adalah pemilik syarikat Bantalkabu Enterprise dan baru hari ini saya terbaca komen ini.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih buat puan Anonymous kerana telah membeli produk kami.
Untuk pengetahuan pihak puan dan para pembaca, kami di Bantalkabu amat mementingkan kualiti produk kami dan sekiranya ia tidak memuaskan hati para pelanggan, kami amat terbuka untuk menerima sebarang cadangan atau aduan. Bantalkabu telah beroperasi lebih daripada 4 tahun dan kami amat mementingkan kepuasan pelanggan dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti produk dari masa ke semasa.
Kami telah memperolehi aduan yang lebih kurang sama dengan Puan Anonymous ini pada 15 Oktober yang lepas yang tidak berpuas hati dengan produk set tilam bayi kami kerana terdapat kesan lekuk selepas beberapa ketika bayinya tidur di atas tilam tersebut. Kami telah berusaha menjawab persoalan tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya bagi aduan tersebut.
Untuk makluman para pembaca sekalian, kekabu (kapok) adalah sejenis fiber semulajadi (natural fiber) yang berasal daripada pokok kekabu. Ia bersifat gebu tetapi tidak anjal seperti getah. Dan ia juga diproses terus daripada buahnya tanpa melalui sebarang proses kimia. Ia juga BUKAN shape memory fiber yang akan kembali ke bentuk asal apabila tiada beban yang dikenakan ke atasnya. Ia tidak sama dengan fiber sintetik (polyester) yang akan kembali ke bentuk asal.
Atas sebab dan sifat ini, ia tidak dapat memenuhi jangkaan (expectation) Puan Ananymous yang inginkan ia kembali ke bentuk asalnya. Di samping itu, produk tilam bayi yang dibekalkan oleh Bantalkabu adalah mempunyai rekam (bekam) yang jarang. Memang terdapat juga tilam bayi yang dijual dengan rekam yang rapat (kira-kira 2 inci jarak antara rekam). Bantalkabu sejak dari awal tidak menjual tilam yang mempunyai rekam rapat atas faktor kos yang tinggi, atas sebab upah menghasilkannya sangat tinggi. Set kami yang dijual sekitar RM180 - RM220 adalah sangat kompetitif dan jika menggunakan tilam rekam rapat, harga mungkin boleh mencecah hingga RM300. Oleh yang demikian, kami mengekalkan tilam rekam jarang yang tidak dapat memenuhi expectation Puan Ananymous. Lagipun, tilam rekam rapat mungkin agak nipis dan sedikit keras atas sebab ia dibuat rapat dan padat dan tidak sesuai dengan tubuh bayi yang lembut. Ini mungkin yang dijangkakan oleh Puan Ananymous apabila kekabu tersebut tidak 'berubah' sifat (lembik dan penyek) kerana rekamnya yang rapat dan diisi padat. Puan Ananymous mungkin boleh menempah tilam yang lebih tebal dan berat tetapi kosnya juga akan meningkat, berkadar terus dengan berat dan kepadatan fiber.
Untuk makluman pembaca sekalian, berat set tilam kami adalah dalam lingkungan 3.5-4 kg dan sesuai untuk dibawa ke mana-mana. Ia juga menyerap haba dan amat selesa untuk bayi serta orang dewasa.
Kami harap penerangan ini dapat memberi penjelasan kepada para pembaca dan pelanggan sekalian. Kami di Bantalkabu sedia mendengar dan mengambil maklum sebarang maklum balas daripada pelanggan kami.
Terima kasih.
Nor Hamisah Mohamed Nor
www.bantalkabu.com


Tuesday, July 3, 2012

Koleksi kain terbaru kami












Kain - kain ini baru sahaja menjadi koleksi kami. Sedang berfikir-fikir bagaimana design dan rekacorak yang sesuai. Anda ada cadangan?

Sunday, June 10, 2012

IKEA New | SBIK 10 Efant Woohoo | RM200*

Dear our beloved customers,

We are introducing new fabric from IKEA with owl and spider web motives. Smooth and sweet looking with non-striking colours. We combined the IKEA design with small red elephants to make it contrast. 

We named it EFANT WOOHOO.... efant is an elephant, pronounce by our sister's small little boy, Aiman while woohoo is a sound of an owl in the middle of night. 





SBIK 10 | Efant Woohoo - new fabric from IKEA

RM 200 for Peninsular Malaysia
RM 215 for Sabah, Sarawak & Labuan
* postage cost included

Sunday, June 3, 2012

Promosi Bantal Tidur Saiz L

Promosi 4pcs Bantal tidur L RM110 akan berakhir pada 30 Jun 2012. Tuan/puan boleh buat tempahan sekarang sebelum tarikh tersebut. Harga baru akan diumumkan kemudian. Terima kasih

Saturday, June 2, 2012

Bantalkabu @ UTHM


Bantalkabu mengorak langkah lagi dengan menyertai program pendaftaran pelajar Diploma di UTHM. Kami membuka gerai berhampiran tempat pendaftaran pelajar, untuk memberi peluang kepada pelajar dan keluarga merasai kelembutan dan keempukan bantal kami.

Gerai ini diuruskan oleh UsahawanSiswazah, En Wan, seorang pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan. Ia dibantu oleh pembantu kedai kami, Cik Mimi. Semoga gerai ini menjadi tumpuan pengunjung pada hari ini.







Tuesday, May 29, 2012

Bantalkabu @ Hotel Mokri's, Pura Kencana

Mokri's Hotel, Pura Kencana, Sri Gading

Kami di Bantalkabu ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Mukriz dan keluarga di atas pembukaan Hotel Mokri's dengan kapasiti 30 bilik buat permulaan. 

Semalam kami telah membuat penghantaran bantal kekabu asli yang telah ditempah oleh beliau sebulan yang lepas. Terima kasih kerana yakin dengan produk kami dan memberi kepercayaan kepada Bantalkabu untuk membekalkan bantal kekabu asli bagi kegunaan para pelanggan hotel. Ini bermakna, para pelanggan hotel ini akan menikmati tidur yang lebih selesa dengan menggunakan bantal kekabu asli yang dibuat khusus mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak hotel. 


Cenderahati untuk Tn Hj Mukriz dan isteri


Selamat sampai di hotel


Kami dibawa melawat sekitar hotel yang sangat baru dan masih dalam proses susun atur. Walaupun bertaraf 'budget hotel' namun kemasan dalamannya cantik dan keadaan yang selesa. Bilik air dengan pintu 'tempered glass' mewujudkan suasana agak mewah. Lobi hotel yang simple tetapi cantik dapat menarik pelanggan mengunjungi hotel ini semula.




Pembukaan rasmi hotel ini adalah pada 2 Jun 2012 pada jam 2 petang. Walaupun belum dibuka, tetapi ia telah mula menerima tempahan bilik untuk kegunaan hujung minggu ini sempena pendaftaran pelajar baru UTHM.

Sesiapa yang berminat, boleh hubungi 07 - 455 6000.

Thursday, May 3, 2012

Kit Perjalanan Bayi - PositiveNegative RM110





RM 110/set termasuk penghantaran Semenanjung
Kit Perjalanan Bayi – PositiveNegative KPB JF 18

Set kit perjalanan bayi
1 duvet mini kekabu (tebal 1-2 inci)
1 bantal panjang
1 bantal karipap

Tuesday, April 17, 2012

Sunday, April 8, 2012

Bantal Safiyy - ABC




Bantal Safiyy - ABC
12" x 20"
2 pcs Bantal kekabu asli
2 pcs sarung bantal

Harga pakej: RM80 termasuk penghantaran.
tempahan: tanyabantal@bantalkabu.com

Thursday, April 5, 2012

Kusyen Kekabu

Kusyen ini ditempah khas oleh seorang pelanggan
Beliau mahukan sesuatu yang menarik dan lain. 
Rekacorak bantal ini direka sendiri oleh beliau.

Harga : RM 40/pc
Spesifikasi :
1 kusyen berisi kekabu 16" x 16"
1 sarung kain kapas (cotton) berkualiti





Tuesday, April 3, 2012

New nursing pillows



NPIK 02 - Colorful O-ring
RM100 postage inclusive (Peninsular Malaysia)



NPIK 03 - Colorful Dotz
RM100 postage inclusive (Peninsular Malaysia)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...